Pernah Jual Burger Tepi Jalan, Pemuda Kelantan Ini Kini Miliki Syarikat Bas Ekspres

Bermula Dengan Kehilangan Ibu Bapa Sejak Kecil

Kejayaan tidak pernah datang bergolek. Ia hadir bersama usaha, jerih perih, tangisan dan doa penuh harapan. Walaupun perjalanan menuju kejayaan kadangkala terasa sunyi dan penuh liku, sikap tidak mudah berputus asa sering menjadi peneman paling setia.

Begitulah kisah di sebalik perjalanan usahawan muda dari Kelantan, Ahmad Zaim Ghazali, 36, yang kini mengusahakan perniagaan bas ekspres sendiri melalui syarikat Zaim Express.

Dilahirkan di Kota Bharu, Zaim merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Namun kehidupannya diuji sejak kecil apabila ibunya meninggal dunia ketika dia berusia empat tahun, manakala bapanya pula meninggal dunia ketika dia berumur 17 tahun.

Beliau dibesarkan di Bachok dan Machang serta mendapat pendidikan awal di SK Hamzah 1 Machang sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Bachok. Zaim kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan.


Minat Berniaga Sejak Zaman Sekolah

Menurut Zaim, minatnya terhadap dunia perniagaan sudah muncul sejak zaman persekolahan lagi.

Ketika itu dia pernah menjual burger di tepi jalan sebagai usaha kecil untuk menjana pendapatan.

Apabila melanjutkan pengajian di UUM, dia turut menjalankan beberapa perniagaan kecil seperti menyewakan kereta serta menceburi bisnes hartanah secara kecil-kecilan.

Idea untuk memiliki syarikat bas sendiri pula muncul ketika dia menjalani latihan industri di Sime Darby Property.

Masa latihan industri itu saya dah kaji berkaitan bisnes ini dan selepas habis latihan industri dan belajar baru saya memulakan langkah untuk melakukannya.

Sangkaan saya untuk mulakan bisnes ini adalah mudah, rupa-rupanya banyak cabaran yang menanti,” katanya.


Lesen Bas Beku, Terpaksa Tunggu Lima Tahun

Perjalanan untuk memulakan perniagaan itu bukan mudah. Selain tidak datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan, Zaim juga berdepan masalah modal.

Pada usia 23 tahun, dia perlu memikirkan cara untuk mendapatkan modal sekitar RM500,000 hingga RM1 juta bagi membeli sebuah bas.

Lebih mencabar, lesen bas ekspres ketika itu dibekukan oleh kerajaan kerana kuota yang terhad.

Tambahan pula, ketika itu lesen bas ekspres dibekukan oleh pihak kerajaan kerana terdapat kuota untuk mendapatkan lesen tersebut.

Saya mohon pada 2013 dan mendapat lesen tersebut pada tahun 2018,” jelasnya.


Pernah Kerja Sebagai Penghantar Surat

Sepanjang tempoh menunggu itu, Zaim tidak pernah berputus asa dengan impiannya.

Malah, dia pernah bekerja sebagai penghantar surat dan runner bagi meneruskan kehidupan.

Menurutnya, pengalaman tersebut mengajarnya tentang erti kesusahan selain membuka peluang untuk mengenali ramai orang termasuk ahli perniagaan dan pegawai kerajaan.

Kuncinya adalah sabar dan saya selalu yakin dengan Allah, siapa berusaha Allah pasti bantu.

Walaupun ada ijazah, jangan malu untuk mencari kerja yang halal. Insha Allah ada hikmah setiap apa yang berlaku. Pada masa itu, saya kenal ramai orang terutama dalam kerajaan dan juga ahli perniagaan,” katanya.


Gagal Pinjaman, Beli Bas Terpakai Secara Tunai

Cabaran tidak berhenti selepas dia memperoleh lesen.

Zaim mengambil masa lebih dua tahun untuk cuba mendapatkan pinjaman, namun gagal kerana syarikatnya masih baharu.

Akhirnya dia mengambil keputusan mencari modal sendiri untuk membeli sebuah bas terpakai secara tunai.

Dengan bas itulah Zaim Express mula beroperasi pada tahun 2020.

Namun ketika operasi bermula, negara pula dilanda pandemik Covid-19 yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Walaupun berdepan cabaran tersebut, syarikatnya terus bertahan.


Kini Operasikan 8 Bas Dan 30 Pekerja

Selepas melalui pelbagai fasa sukar, Zaim Express kini semakin berkembang.

Syarikat itu kini mempunyai lapan buah bas yang beroperasi serta menggaji sekitar 30 orang pekerja.

zaim express

Foto: Zaim Ghazali


Zaim Express bertapak di Petaling Jaya dan turut mempunyai depoh di Kubang Kerian, Kelantan.

Isterinya, Intan Syamimi Yusof, 35, turut memainkan peranan penting sebagai pengarah syarikat. Zaim juga sering merujuk isterinya dalam hal berkaitan undang-undang memandangkan isterinya merupakan seorang peguam.


Sasaran 100 Hingga 150 Bas Menjelang 2035

Walaupun syarikatnya kini semakin stabil, Zaim masih mempunyai impian besar untuk masa hadapan.

Menurutnya, definisi kejayaan sebenar adalah apabila Zaim Express berkembang ke seluruh negara dan menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia.

zaim bas express

Foto: Zaim Ghazali


Jumlah bas juga salah satu definisi kejayaan yang mana makin banyak bilangan bas, syarikat makin stabil,” katanya.

Buat masa ini, laluan Zaim Express hanya melibatkan perjalanan dari Lembah Klang ke Pantai Timur.

Namun dalam masa terdekat, syarikat itu merancang untuk memperluaskan laluan ke Utara dan Selatan.

Malah, Zaim juga bercadang membuka laluan ke luar negara seperti Singapura dan Thailand, selain menyasarkan untuk memiliki 100 hingga 150 buah bas menjelang tahun 2035.

Dalam masa yang sama, beliau berharap perniagaannya mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan.


Pesanan Buat Anak Muda

Mengakhiri perkongsian, Zaim menitipkan pesan buat anak muda yang sedang berjuang dalam kehidupan.

Teruskan berusaha dan capai apa yang diimpikan, perlu tahu Allah suka umatnya yang berusaha. Tetap mulakan walaupun pahit akan mendatang,” katanya.

Kisah perjalanan Zaim ini menjadi bukti bahawa kejayaan sering bermula daripada langkah kecil, kesabaran dan keyakinan untuk terus berusaha walaupun berdepan pelbagai cabaran.


Sumber: Siakap Keli, Zaim Ghazali

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan