Remaja 19 Tahun Putus Kaki Dalam Nahas Di Jalan Batu Balai–Chuchoh Puteri, Kuala Krai

Seorang pelajar kolej vokasional berusia 19 tahun putus kaki kanan selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Bechah Salak, Jalan Batu Balai–Chuchoh Puteri, Kuala Krai pada malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai.

BERKAITAN: Bapa Cari Hampir Dua Jam Kaki Anak Terputus Dalam Nahas Di Kuala Krai


Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu dari arah Batu Balai menghala ke Kampung Mengkebang, manakala mangsa datang dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya dan telah bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa.

“Akibat kemalangan tersebut pelajar terbabit mengalami kecederaan parah termasuk putus kaki kanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu kereta yang cuba memotong kenderaan lain sehingga menyebabkan pertembungan dengan motosikal tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu, terutama di laluan gelap yang tidak mempunyai lampu jalan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Siasatan terperinci akan dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik IPD Kuala Krai atau menghubungi talian 09-9666222,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!