Tiket Bas Balik Raya Ke Kelantan Habis Dijual Dalam Hanya 5 Minit

Baru lima minit dijual, tiket balik raya ke Kelantan terus habis.

Pengendali pengangkutan awam, Queen Express mendedahkan lebih 3,000 tempat duduk bagi perjalanan dari Lembah Klang ke Kota Bharu untuk tarikh 17 hingga 19 Mac telah ‘licin’ sebaik jualan dibuka pada 15 Februari lalu.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Suffian Daud berkata, semua tiket berkenaan penuh dalam tempoh lima minit sahaja.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima pengiktirafan Sijil Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang disampaikan oleh Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Bharu, Muhammad Ismail.

Menurutnya, pihak syarikat tidak menawarkan perkhidmatan bas tambahan sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Setakat ini, Queen Express mempunyai 46 buah bas melibatkan tujuh destinasi perjalanan kecuali Johor.

Kesemua bas tersebut digerakkan oleh 90 pemandu berusia antara 30 hingga 60 tahun.


Setiap tahun, tiket perjalanan pulang ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri sentiasa menjadi rebutan perantau sehingga diibaratkan seperti ‘pisang goreng panas’.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan