[VIDEO] Kanak-kanak 12 Tahun Meninggal Dunia Didera, Dipaksa Minum Air Mendidih Oleh Ibu Tiri

Kesedihan menyelubungi penduduk kampung apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipercayai menjadi mangsa dera hingga meninggal dunia.

Lebih menyedihkan kanak-kanak tersebut baru sahaja pulang bercuti dari pusat tahfiz untuk menyambut puasa bersama keluarga namun berakhir dengan kematian tragis didera ibu tiri.

Mangsa, Nizam Syafei dari Kampung Bojongsari, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia, sempat dibawa ke hospital di Jampang Kulon pada pagi Khamis sebelum disahkan meninggal dunia pada sebelah petang.

Nizam ketika menerima rawatan di hospital.

Nizam ketika dirawat di hospital



Berdasarkan maklumat yang tersebar, mangsa dipercayai mengalami penderaan fizikal yang sangat kejam. Pada tubuhnya ditemukan luka-luka yang disyaki akibat keganasan termasuk kesan melecur. Malah, timbul dakwaan mangsa dipaksa meminum air panas yang mendidih.

Kes ini menjadi semakin tular selepas muncul rakaman video yang memaparkan keadaan mangsa ketika menerima rawatan di hospital.

Dalam video berkenaan, mangsa yang dalam keadaan lemah ditanya mengenai pelaku, dan dia didakwa menyebut “mamah” sambil menunjuk ke arah individu yang dipercayai ibu tirinya.

Turut tersebar satu lagi video yang dirakam sekitar lima hari sebelum kejadian, menunjukkan mangsa kelihatan murung ketika berada di dalam kereta bersama bapanya, Anwar Satibi, 38.

Menurut Anwar, ketika kejadian dia sedang bekerja di bandar Sukabumi sebelum menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan anaknya demam panas.

637885228_26602851135975744_4667795308291265986_n


Difahamkan ketika keluar bekerja, anaknya berada dalam keadaan normal. Namun sejurus pulang, dia terkejut melihat keadaan fizikal mangsa yang sangat teruk berbanding sebelumnya.

Anwar turut mendedahkan bahawa kejadian penderaan bukan kali pertama berlaku. Katanya, dia pernah membuat laporan di Balai Polis Daerah Sukabumi tahun lalu kerana mendakwa anaknya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Namun kes itu diselesaikan melalui orang tengah selepas isterinya merayu dan berjanji untuk berubah. Menurutnya, laporan tersebut masih belum ditarik balik.

Anwar juga mendakwa sekiranya berlaku pergaduhan antara Nizam dan dua anak angkat isterinya, wanita itu akan memukul Nizam dan bukan anak angkatnya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Sukabumi, AKP Hartono berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi merungkai kronologi penuh serta motif di sebalik kejadian tersebut.


Punca sebenar kematian masih belum diketahui dan polis kini menunggu keputusan pemeriksaan makmal selepas proses bedah siasat.

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan