Kisah Tular Lima Beranak Di Gua Musang Berakhir Bahagia, Rumah Baharu Diluluskan

Impian sebuah keluarga lima beranak yang tinggal di sebuah rumah kecil di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka bakal memiliki kediaman baharu dalam masa terdekat.

BERKAITAN: 5 Beranak Tinggal Di Rumah Kayu Kecil Tanpa Bilik, Tanpa Dapur Di Gua Musang


Ibu kepada tiga anak, Nurul Mazlina Mohd Nor, 32, meluahkan rasa syukur apabila permohonannya sebelum ini untuk mendapatkan bantuan bahan binaan bukan sahaja diluluskan, malah dipercepatkan kepada pembinaan sebuah rumah baharu sepenuhnya.

Katanya, dia tidak menyangka permohonan asal yang hanya melibatkan bahan binaan akhirnya mendapat perhatian sehingga pihak Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) meluluskan pembinaan sebuah rumah baharu untuk keluarganya.

“Alhamdulillah… saya bersyukur sangat. Apa yang saya dapat ini lebih daripada jangkaan kami. Sebelum ini permohonan hanya untuk bahan binaan, tetapi KESEDAR sudah meluluskan pembinaan sebuah rumah.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat memiliki rumah yang lebih selesa untuk tiga anak saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepan Jaya.

Menurut Nurul Mazlina, sokongan dan sumbangan orang ramai turut membantu mempercepatkan proses tersebut selepas kisah impian keluarganya untuk memiliki rumah sendiri tular di media sosial.

Katanya, rumah baharu itu akan dibina bersebelahan rumah kecil yang mereka diami sekarang, manakala tapak pembinaan telah siap hasil sumbangan masyarakat.


Sebelum ini, media melaporkan kisah keluarga berkenaan yang berhasrat memiliki kediaman lebih selesa demi kebajikan dan keselesaan anak-anak mereka, yang akhirnya membuka ruang kepada pelbagai pihak tampil membantu.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan