Dari Jepun ke Malaysia: Kisah Di Sebalik Kelahiran ZAZA SKIN Sunscreen Stick

Siapa sangka, percutian ke Jepun akhirnya menjadi inspirasi kepada kelahiran produk sunscreen jenama tempatan, ZAZA SKIN.

Semuanya bermula apabila Puan Mimie, pengasas ZAZA SKIN, bercuti ke Jepun dan berkesempatan mengunjungi sebuah pusat rawatan kecantikan.


Ketika berada di sana, beliau tertarik melihat sesuatu yang agak luar biasa.

Ramai lelaki Jepun sedang beratur untuk membeli sunscreen stick!

“Saya pelik. Kenapa ramai lelaki yang membeli sunscreen? Apa yang istimewa sangat dengan produk ini sampai mereka sanggup beratur?” katanya.

Disebabkan rasa ingin tahu, beliau mengambil keputusan untuk mencuba sendiri produk tersebut.

Ternyata, pengalaman itu benar-benar mengejutkannya.

“Bila saya cuba, barulah saya faham. Sunscreen itu langsung tidak melekit, tidak berminyak dan sangat selesa pada kulit. Patutlah lelaki Jepun suka!”

ZAZA SKIN SUNSCREEN STICK SPF50 PA+++ 2


Namun, harga sunscreen tersebut agak tinggi, iaitu sekitar RM98 sebatang.

Sebagai pengusaha pusat penjagaan kulit sejak 2017, beliau mula mendapat idea untuk menghasilkan sunscreen stick yang menawarkan keselesaan serupa tetapi pada harga lebih mampu milik.

Dari Jepun Tercetusnya Satu Impian

Sekembalinya ke Malaysia, Puan Mimie terus mencari makmal dan pengilang yang mampu membangunkan sunscreen stick berinspirasikan formulasi Jepun.

Beliau mahu menghasilkan produk yang bukan sahaja memberikan perlindungan matahari, malah selesa digunakan setiap hari, khususnya oleh lelaki yang kurang gemar memakai produk penjagaan kulit.

“Saya mahu sunscreen yang ringan, tidak melekit, tidak meninggalkan kesan putih dan mudah digunakan. Paling penting, harganya mestilah mampu dimiliki oleh lebih ramai orang,” jelasnya.

Daripada usaha tersebut, lahirlah ZAZA SKIN Sunscreen Stick SPF50 PA+++ Broad Spectrum.

Produk ini direka untuk membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB, selain diperkaya dengan Vitamin E sebagai antioksidan.

Teksturnya yang ringan serta reka bentuknya yang praktikal menjadikannya sesuai dibawa ke tempat kerja, ketika melancong atau melakukan aktiviti luar.

Sunscreen Bukan Untuk Wanita Sahaja

Menurut Puan Mimie, beliau mahu mengubah persepsi bahawa penggunaan sunscreen hanya penting untuk wanita.

“Lelaki juga perlu melindungi kulit, terutama mereka yang bekerja di luar dan sering terdedah kepada cahaya matahari.”

Beliau percaya keselesaan penggunaan memainkan peranan penting dalam menggalakkan masyarakat memakai sunscreen secara konsisten.

ZAZA SKIN SUNSCREEN STICK SPF50 PA+++


“Saya tidak mahu orang terpaksa membayar hampir RM100 untuk menikmati sunscreen yang selesa. Saya mahu menghasilkan pilihan yang lebih mampu milik supaya semua orang boleh merasai manfaatnya.”

Bagi beliau, kejayaan sebenar bukan sekadar menghasilkan produk sendiri, tetapi apabila lebih ramai pengguna mula menjadikan perlindungan matahari sebagai rutin harian.

Daripada rasa pelik melihat lelaki Jepun beratur membeli sunscreen, akhirnya tercetuslah sebuah idea yang menjadi kenyataan.

Hari ini, ZAZA SKIN Sunscreen Stick membawa kisah pengalaman, usaha dan impian seorang usahawan Kelantan untuk memperkenalkan penjagaan kulit yang lebih praktikal kepada masyarakat Malaysia.

Pembelian ZAZA SKIN Sunscreen Stick boleh dibuat di TikTok Shop pada pautan dibawah:
https://vt.tiktok.com/ZS9fPADF5CJtX-kMJdS/

BERKAITAN:
Pusat rawatan kulit di Kelantan raih pengiktirafan Asia Tenggara
Jeragat timbul: Musuh senyap yang buat kulit nampak tua sebelum waktu!


TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!