300,000 Penduduk Kelantan Hidap Diabetes, Hanya 30 Peratus Pergi Klinik & Hospital

Kira-kira 300,000 penduduk Kelantan atau 16 peratus daripada keseluruhan 1.9 juta populasi negeri ini disahkan menghidap diabetes, namun hanya sekitar 30 peratus sahaja yang mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, situasi itu amat membimbangkan kerana diabetes yang tidak dirawat atau tidak dikawal dengan baik boleh membawa kepada komplikasi lebih serius.

“Kalau pesakit tak jaga diabetes mereka, kualiti hidup akan terganggu. Bayangkan jika sampai tahap perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu, ia bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian, malah membebankan kos rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Outreach Literasi Kesihatan Diabetes peringkat daerah Tanah Merah di Masjid Mukim Batu 11.

Menurutnya, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, satu daripada enam rakyat Kelantan menghidap kencing manis dan angka tersebut masih kekal sehingga kini.

Lebih membimbangkan, katanya, penyakit diabetes turut dikesan dalam kalangan golongan muda berusia antara 18 hingga 29 tahun, selain faktor genetik, gaya hidup dan corak pemakanan tidak sihat turut menjadi punca utama.

“Apabila ramai menghidap kencing manis, sistem kesihatan perlu menyediakan fasiliti rawatan termasuk komplikasi seperti dialisis. Ini memberi tekanan besar kepada perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Tambah beliau, terdapat juga pesakit yang tidak menyedari mereka menghidap diabetes dan hanya mengetahui selepas mengalami komplikasi serius, sekali gus menjadikan mereka pesakit kronik.

Menurutnya, diabetes boleh dikawal melalui pengambilan ubat secara konsisten dan amalan gaya hidup sihat.


Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan ubatan alternatif atau herba tidak menjadi masalah selagi ia terbukti berkesan melalui kajian dan mempunyai pengesahan, namun pesakit tidak boleh meninggalkan rawatan yang dibekalkan oleh hospital atau klinik.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan