Dua Pelajar SMK Kampung Chengal Terbang Ke Sepanyol Sertai Program Levante UD

Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal, Kota Bharu mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih menyertai International Training Test Program bersama Kelab Levante UD di Valencia, Sepanyol.

Mereka, Ahmad Rayyan Danial bin Ahmad Imran dari kelas 3C3 dan Rain Tan dari kelas 5C5, telah berlepas ke Levante, Valencia pada 31 Januari 2026 bagi menyertai program latihan antarabangsa tersebut.

Ahmad Rayyan Danial akan mengikuti program berkenaan selama dua minggu, manakala Rain Tan pula bakal berada di Sepanyol selama tiga bulan bagi menjalani latihan dan pendedahan intensif bersama kelab profesional berkenaan.

Pihak sekolah memaklumkan, penyertaan ini bukan sahaja membuka peluang pengalaman antarabangsa kepada kedua-dua pelajar, malah menjadi platform penting untuk menimba ilmu baharu serta meningkatkan potensi diri dalam bidang sukan bola sepak.

Kejayaan tersebut turut dianggap sebagai satu kebanggaan buat warga sekolah apabila bendera SMK Kampung Chengal secara simboliknya “berkibar” di bumi Andalusia, Sepanyol.



Warga pendidik, guru dan jurulatih sekolah turut menzahirkan rasa bangga serta gembira dengan pencapaian itu, sambil mendoakan agar kedua-dua pelajar memperoleh pengalaman berharga, mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara, serta terus melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi.

SHARE:

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!