Jemaah Wanita Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Pulang Dari Umrah [Video]

Tular di media sosial kisah seorang jemaah wanita yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan ibadah umrah.

Allahyarham Jamilah Yusoff, 73, menghembuskan nafas terakhir semasa berada di dalam kapal terbang ketika penerbangan pulang dari Madinah ke Malaysia.

Anak arwah, Amira Yusoff berkata, ibunya ketika itu sedang menunggu masuk waktu solat Subuh dan berada dalam keadaan berwuduk.

“Mak saya pulang dari Madinah, dah bersiap-siap wuduk untuk tunggu solat Subuh. Bila kejutkan arwah, arwah dah tiada,” ujarnya.

Lebih memilukan, Amira sebenarnya dalam perjalanan dari Port Dickson ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk menyambut kepulangan ibunya, namun yang pulang hanyalah sekujur tubuh ibunya yang tidak bernyawa.

Menurutnya, jenazah ibunya telah selamat dikebumikan di Kampung Seribong, Kota Bharu.

Sebelum itu, perkongsian seorang pengurus jenazah di TikTok, @lauk53banyak, turut mengundang sebak ramai pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, arwah dikatakan selesai menjalani umrah bersama 40 jemaah lain dan berada dalam keadaan sihat sepanjang ibadah.

“Semasa buat umrah Allah bagi kesihatan yang baik dan boleh menziarah semua tempat. Semasa atas kapal terbang masuk waktu Subuh, arwah mengambil wuduk untuk solat Subuh.

“Tetapi Allah sayangkan arwah yang meninggal dalam keadaan berwuduk atas kerusinya.



“Bawa jenazah ke Hospital Cyberjaya dan saya uruskan mandi kapan, kemudian dibawa balik ke Kelantan untuk dikebumikan,” katanya.

@lauk53banyak

#Arwah dari madinah selsai buat Umrah bersama jemaah 40 org..semasa buat Umrah Allah bgi KESIHATAN yg Baik Dan bleh menziarahi semua tempt ,semasa atas kapal terbang masuk waktu subuh Arwah mengambil wuduk utk solat subuh...tetapi Allah sayangkan Arwah meninggal dalam keadaan berwuduk ats kerusinya..bawa jenazah ke hospital cyberjaya Dan Sy uruskan mandi kapan bawa balik ke kelantan utk dikebumikan ..

♬ original sound - MKM14 - Madam Rose Sha



Sumber: Siakap Keli

TERKINI

Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Jawatan Kosong Kelantan