Gadis Kelantan Permata E-Sukan Negara, Dari Minat Sehingga Meraih Emas

Bermula hanya dengan minat dalam arena e-sukan, kini Hanis Wahidah Mohamad Dashuki muncul sebagai antara atlet yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Lebih membanggakan, gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Kelantan itu turut membantu pasukan wanita Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA Thailand yang berlangsung baru-baru ini.

Pasukan wanita malaysia di MLBB Sukan Sea pingat emas

Hanis (tiga dari kiri) bersama rakan sepasukan yang memenangi pingat emas di Sukan Sea 2025 di Thailand (Foto: TVS)



Hanis Wahidah, yang juga pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Pembinaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sri Iskandar, Perak, menzahirkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan besar itu.

Bermain MLBB sejak dari bangku sekolah lagi, bagi beliau pencapaian berkenaan bukan sekadar kemenangan peribadi, sebaliknya hasil kerja keras berpasukan serta pengorbanan berterusan dalam mengimbangi komitmen akademik dan dunia e-sukan.

Dalam arena profesional, Hanis Wahidah yang dilahirkan pada 6 Oktober 2001 kini beraksi sebagai Mid Laner bersama pasukan Natus Vincere MY.



Kejayaan di peringkat Sukan SEA itu sekali gus membuktikan bahawa e-sukan bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya mampu menjadi platform mencipta nama dan membawa kejayaan buat negara jika diusahakan dengan disiplin serta dedikasi.

Sumber: Kosmo, TVS, ESport Chart

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!