Pembonceng Motosikal Maut Kemalangan Dengan Perodua Viva Di Kuala Krai

Seorang pembonceng motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Viva di Kilometer 89, Jalan Kota Bharu–Gua Musang berhampiran simpang Manek Urai Baru, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP).

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Mazlan Mamat, berkata siasatan awal mendapati kereta terbabit datang dari arah Kota Bharu dan mahu membelok ke kanan untuk memasuki simpang menghala ke Kampung Manek Urai.

“Motosikal yang dinaiki mangsa pula datang dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu. Setiba di lokasi, motosikal tersebut melanggar sisi bahagian hadapan sebelah kiri kereta yang datang dari arah bertentangan ketika sedang membelok ke kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, akibat perlanggaran itu, pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan.

Mazlan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk proses bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai atau talian 09-9666222,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan