Dua Maut Termasuk Kanak-Kanak Dalam Kemalangan Di Tanah Merah

Dua individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Machang – Tanah Merah, Kelantan berhampiran Bandar Baru Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 pagi melibatkan sebuah Perodua Myvi dan BMW 5 Series. Sebanyak tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, diketuai Komander Operasi PBK II Hamdan Abullah, bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 pagi.

Difahamkan, kereta Myvi merah yang dinaiki satu keluarga dari Rawang, Selangor dalam perjalanan ke Kampung Kutan, Wakaf Bharu untuk menziarahi waris yang baru meninggal dunia, bertembung dengan BMW yang dipandu seorang pemuda.

Dalam kejadian itu, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan dari Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lelaki dewasa cedera, manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita dewasa selamat. Mangsa cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan manakala kes kematian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

SHARE:

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!