Polis Jamin Siasatan Telus Kanak-kanak Parah Dilanggar Kenderaan Agensi Penyelamat

Polis Kelantan memberi jaminan siasatan secara telus akan dijalankan berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang parah selepas dilanggar sebuah jentera milik agensi penyelamat semasa program hari keluarga di Bachok, pada 3 Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Mohd. Yusoff Mamat, berkata pihaknya telah merakam percakapan pemandu kenderaan terlibat bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, setakat ini tiga aduan berkaitan kejadian tersebut telah diterima dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita beri jaminan siasatan secara telus akan dijalankan. Mangsa dilaporkan masih belum sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di Kota Bharu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Nurul Afia Raisha Muhamad Shamsul mengalami kecederaan parah pada bahagian abdomen selain patah bahu kanan, tulang selangka serta tulang rusuk selepas dilanggar jentera berkenaan.

Sementara itu, ibu mangsa, Nurul Afzan Che Ramlee, 33, memaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu masih memerlukan bantuan pernafasan dan kini dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia.

Menurutnya, Nurul Afia telah menjalani tiga pembedahan kecil di bahagian dada dan menunjukkan perkembangan positif walaupun keadaannya masih kritikal.

“Semasa kejadian, anak saya bermain di kawasan padang yang menjadi lokasi acara sukan rakyat sebelum dilanggar jentera yang sedang mengundur,” katanya.

Tambahnya, ketika itu beberapa kanak-kanak lain turut berada di kawasan sama memandangkan lokasi berkenaan merupakan tapak sukaneka dan bukan laluan jalan raya.



Mangsa kemudiannya dibawa menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Bachok sebelum dipindahkan ke HPUSM untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang kritikal.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!