8 Pelajar KPTM Kota Bharu bantu mangsa kemalangan raih pujian

KOTA BHARU – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, melahirkan rasa bangga terhadap lapan pelajar kejururawatan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kelantan yang menunjukkan sikap prihatin dan nilai ihsan tinggi apabila membantu pasangan warga emas cedera akibat kemalangan jalan raya.

Menurut beliau, tindakan spontan pelajar berkenaan yang membantu mangsa selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan dengan lori amat menyentuh hati dan menggambarkan keperibadian pelajar Mara yang berjiwa murni.

“Malam tadi seorang kenalan dari Johor, Datuk Ismail, menelefon saya untuk berkongsi keterujaan beliau melihat anak-anak Mara yang sanggup membantu sedaya upaya pasangan warga emas yang mengalami kecederaan serius akibat kereta mereka dilanggar lori,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Asyraf berkata, kejadian berlaku di Gua Musang, ketika bas dinaiki pelajar KPTM tersebut berhenti di lokasi kemalangan.

“Menurut Datuk Ismail, pelajar-pelajar ini meminta pemandu bas berhenti dan cuba membantu sedaya upaya berasaskan ilmu serta kemahiran yang mereka peroleh dari KPTM,” katanya.

Beliau turut memaklumkan telah mengadakan panggilan video bersama pelajar-pelajar terlibat bagi menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan atas tindakan mereka.



Antara pelajar yang terlibat ialah Nur Najwa Alias, Noor Aireen Shafika Mohd Sharudin, Nurul Jasmin Jasman, Sue Syazwanie Jaafar, Nur Najlaa Romli, Siti Balqis Ismail, Nur Sarah Abdullah dan Faizzatul Asniza Rozmi.

“Sesungguhnya kalian generasi Mara kebanggaan seluruh warga KPTM dan Mara. Moga menjadi model teladan buat semua,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!