Kesedaran Premis Makanan Miliki Pensijilan BeSS Di Kelantan Masih Rendah

Kesedaran pemilik premis makanan di Kelantan untuk mendapatkan pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) masih berada pada tahap rendah, walaupun pensijilan itu ditawarkan secara percuma oleh kerajaan.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob, berkata daripada lebih 5,000 premis makanan yang beroperasi di negeri ini, hanya 235 premis berjaya memperoleh pengiktirafan BeSS setakat ini.

Menurut beliau, kebanyakan pengusaha masih mengutamakan faktor rasa dan jualan semata-mata, sedangkan BeSS menekankan komitmen terhadap kebersihan premis, pengendalian makanan yang baik serta keselamatan pengguna.

“Tahap kesedaran pengguna juga masih lemah apabila mereka cenderung memilih premis berdasarkan cita rasa makanan tanpa mengambil kira pensijilan atau standard kebersihan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempromosikan pengiktirafan BeSS kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah mampu meningkatkan imej serta kepercayaan orang ramai terhadap premis makanan.

Dalam pada itu, Dr Mohd Azman turut menyarankan pengusaha katering supaya mendapatkan sijil Trust MyCatering yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan keselamatan makanan dan pematuhan standard kebersihan, khususnya untuk penyediaan makanan berskala besar.

“Setakat ini, hanya 58 penyedia makanan di Kelantan memiliki sijil Trust MyCatering dan diharapkan lebih ramai pengusaha memohon kerana ia juga percuma serta sah selama tiga tahun sebelum pembaharuan,” katanya.



Sumber: Bernama

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!