PTG Terima 332 Permohonan Lesen Dulang Emas, 5 Kawasan Sungai Telah Diwartakan

Kerajaan Kelantan mewartakan lima kawasan sungai di negeri ini bagi membolehkan rakyat yang memiliki lesen menjalankan aktiviti mendulang emas secara sah, selaras dengan pengumuman yang dibuat sebelum ini.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Datuk Nik Raisnan Daud, berkata kawasan yang terlibat ialah Sungai Tadoh dan Sungai Pergau di jajahan Jeli, Sungai Galas di Gua Musang, Sungai Gentiang di Kuala Krai serta Sungai Bertam di Tanah Merah.

Menurutnya, bagi fasa pertama pelaksanaan, kerajaan negeri memutuskan hanya empat jajahan dibenarkan menjalankan aktiviti mendulang emas.

“Bagaimanapun, rakyat diingatkan supaya kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Hal ini bagi menjamin keselamatan mereka semasa mendulang emas di kawasan sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Raisnan memaklumkan sebanyak 332 permohonan lesen mendulang emas telah diterima daripada penduduk negeri ini sejak pengumuman berhubung pelaksanaan aktiviti tersebut dibuat.

Daripada jumlah itu, katanya, 110 permohonan yang telah melengkapkan pembayaran sudah diproses, manakala selebihnya masih dalam proses tapisan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan rakyat Kelantan mula membuat permohonan lesen mendulang emas secara sah susulan pengumuman kerajaan negeri.

Tinjauan media itu mendapati penduduk dari Kota Bharu, Jeli, Tumpat dan Tanah Merah hadir ke kaunter Pejabat Tanah dan Galian negeri di Kompleks Kota Darulnaim bagi mengemukakan permohonan masing-masing.

Pada 10 November tahun lalu, Kerajaan Kelantan memaklumkan akan membenarkan rakyat di negeri ini melombong emas menggunakan kaedah mendulang.

Timbalan Menteri Besar, Mohamed Fadzli Hassan, berkata lesen akan dikeluarkan mengikut syarat-syarat tertentu sebagai rekod dan kawalan aktiviti.



Sumber: Utusan

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!