Polis Jeli Rampas 7,900 Anak Pokok Bunga Seludup Bernilai RM1.3 Juta

Cubaan menyeludup ribuan anak pokok bunga dari Thailand terbongkar apabila polis menahan dua lelaki bersama rampasan hampir 8,000 pokok bunga jenis Bromeliad di daerah Jeli, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota Task Force Balai Polis Jeli selepas menahan sebuah lori Isuzu yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa 156 kotak berwarna coklat bertulisan Thailand yang mengandungi pokok bunga Bromeliad.

Menurut beliau, rampasan itu melibatkan 143 kotak bertulis Crown Seal Public Company Limited yang mengandungi 7,150 pokok, 10 kotak bertulis DMS bersaiz 60x100x40 sentimeter mengandungi 600 pokok, serta tiga kotak bertulis FBC mengandungi 150 pokok.

Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia 17 dan 49 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) dan semua rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak polis akan terus mempergiatkan pemeriksaan dan rondaan di sekitar daerah ini bagi mengekang aktiviti penyeludupan.

Orang ramai turut diseru agar menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan kepada pihak polis demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat terus terpelihara.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Iran Lancar Serangan Dron Ke Atas Beberapa Kapal Milik AS
|
Ketegangan di perairan Teluk Oman kembali memuncak apabila Iran…
Anak Pertama Dari Kampung Pok Keral, Tumpat Dapat Sambung Belajar Ke Jerman
|
Seorang anak yatim dari Kampung Pok Keral, Tumpat mencipta…
Pemangku Raja Kelantan Zahir Penghargaan Kepada PM, Puji Kerjasama Negeri Dan Persekutuan
|
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menzahirkan setinggi-tinggi…
PGA Dedah Penyeludup Masih Berani Isi Petrol Berulang Kali
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan masih terdapat kenderaan digunakan…
Terima Upah RM70, Dua Lelaki Ditahan Bersama 13 Lembu Seludup Dari Thailand
|
Dua lelaki yang didakwa menerima upah RM70 untuk menghantar…
Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Jawatan Kosong Kelantan