Dua Lelaki Ditahan Lombong Emas Haram Di Gua Musang, Rampasan Lebih RM640,000

Polis Diraja Malaysia merampas pelbagai jentera dan peralatan bernilai RM640,729.40 serta menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam aktiviti perlombongan emas haram menerusi Operasi Bersepadu Khazanah di Ladang Sawit Sungai Terah, Gua Musang pada Ahad.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, operasi itu dilaksanakan hasil kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan.

Menurut beliau, serbuan dijalankan kira-kira jam 6 petang selepas pasukan menerima maklumat risikan berhubung aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Hasil serbuan, dua lelaki ditahan iaitu seorang warga tempatan dan seorang warga Myanmar.

Pemeriksaan mendapati kedua-duanya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah serta lesen perlombongan yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut menyita pelbagai jentera dan peralatan perlombongan termasuk dua unit jentera pengorek hidraulik, sebuah Toyota Hilux, enjin pam penyedut, palong, karpet pemprosesan serta diesel yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan emas secara haram.



Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, serta Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!