Dua Sahabat Didakwa Lakukan Rompakan, Terhadap Seorang Wanita Di Kok Lanas

Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang penunggang motosikal wanita, bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohammed Sanusi Dollah, 43, dan Azahar Hussin, 54, yang tidak bekerja, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan cubaan mengambil harta milik seorang pekerja kedai perkakas rumah, iaitu seutas gelang tangan emas dan sebuah beg duit, sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa berlaku di Jalan Batu Tinggi, Kok Lanas, pada jam 6.20 petang, 22 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Kamarul Hasyime Rosli, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding sama, pihak pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan berikutan keseriusan tuduhan, dan mahkamah seterusnya tidak membenarkan ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 Januari ini.

Sebelum ini, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di media sosial yang memaparkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dihimpit sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

rompakan kok lanas 2





Rakaman itu turut menunjukkan penumpang hadapan kereta cuba menarik barang berharga mangsa sebelum wanita berkenaan terjatuh dari motosikal, diikuti cubaan kedua untuk menarik gelang emas di hadapan sebuah kedai ayam gunting.



Bagaimanapun, orang awam berjaya merampas kembali beg duit mangsa sebelum suspek melarikan diri menaiki kereta berkenaan.

Sumber: Bernama

TERKINI

‘Batman’ Mexico Diburu Polis, Ikat Pencuri Motosikal Pada Tiang Lampu
|
Seorang vigilante atau pejuang jalanan dari Mexico yang digelar…
Kerja Baik Pulih Di Jambatan Bailey Machang Dijangka Siap September Ini
|
Kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pembetung kekotak di laluan…
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!