Pemotong rumput mengaku sumbang mahram dengan adik kandung

Seorang lelaki berusia 41 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Machang pada Isnin atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik perempuannya yang berusia 25 tahun, minggu lalu.

Tertuduh yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya di sebuah rumah di Labok, Machang pada jam 10.30 pagi, 17 Disember lalu.



Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan persetubuhan dengan individu yang tidak dibenarkan untuk berkahwin mengikut undang-undang dan hukum agama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta dikenakan hukuman sebat.

Pada prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Syafiqah Mohamad tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan berkenaan merupakan kesalahan tidak boleh dijamin.

Hakim Tengku Shahrizan turut menegaskan keutamaan mahkamah adalah keselamatan mangsa berikutan hubungan kekeluargaan antara mereka.

“Saya perlu memastikan ada jarak yang jauh antara kamu kerana mangsa adalah adik kandung,” katanya.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemotong rumput tidak diwakili peguam dan tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Mahkamah menetapkan 21 Januari tahun depan untuk pendengaran fakta kes dan hukuman.



Sumber: Sinar Harian, Utusan

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!