Pemain ragbi Kelantan ditemukan lemas, tong drum terbalik ketika menjala ikan

Seorang pemain ragbi Kelantan ditemukan lemas selepas tong drum yang dipercayai dijadikan perahu terbalik ketika menjala ikan di kawasan kebun getah yang ditenggelami banjir di Kampung Pemberian, Kuala Krai, pada Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, Muhammad Syahril Hakimy Sudin, 19, ditemukan pada jam 9.02 malam di dasar kebun getah pada kedalaman kira-kira empat meter susulan limpahan air Sungai Lebir.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, mayat pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail itu ditemukan pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 malam.

“Jentera tiba di lokasi jam 7.55 malam bersama lapan anggota termasuk pegawai.

“Setibanya di lokasi, maklumat awal diterima daripada orang awam memaklumkan bahawa seorang lelaki dewasa dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki terbalik semasa menjalankan aktiviti menjala ikan di kawasan kebun getah yang dinaiki air,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jiran mangsa, Syafirul Iman Mohd Rasdhi, 20, berkata Muhammad Syahril Hakimy dipercayai keluar menjala ikan sekitar jam 3 petang.

Menurutnya, kehilangan mangsa disedari oleh penduduk kampung selepas menemui selipar dan jala milik Muhammad Syahril Hakimy di tebing sekitar jam 6 petang.

“Tong drum yang dinaikinya didapati terbalik. Tetapi dia tidak ditemukan selepas usaha awal mencari dilakukan.



“Saya kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Difahamkan, Muhammad Syahril Hakimy pulang bercuti ke kampung halaman ketika kejadian berlaku.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!