Pegawai narkotik disiasat kes cabul isteri tahanan di Pasir Mas

Seorang pegawai narkotik kini disiasat berhubung dakwaan mencabul isteri seorang tahanan dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku di Pasir Mas, minggu lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan pegawai terbabit berusia lingkungan 30-an, manakala wanita berkenaan pula berusia 20-an.

Menurut beliau, kes berkenaan masih dalam siasatan dan pegawai terbabit telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.

Mohd Yusoff berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Khamis.

Beliau menjelaskan, wanita terbabit dipercayai bertemu dengan pegawai berkenaan bagi urusan berkaitan suaminya yang ditahan atas kes dadah.



Difahamkan, kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta sekitar jam 9 malam.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!