Warga emas tak serik, buka pusat karaoke haram di kedai makan

Sebuah kedai makan di Kampung Pulau Kambing, Kandis rupa-rupanya dijadikan pusat karaoke haram sebelum aktiviti itu terbongkar dalam serbuan Majlis Daerah Bachok (MDB) pada Ahad lalu.

Operasi bermula jam 9 malam hingga 1 pagi itu disertai sembilan anggota penguat kuasa MDB, dengan menumpukan pemeriksaan terhadap premis milik seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dipercayai berulang kali menjalankan hiburan tanpa kebenaran.

Setiausaha MDB, Mohd Khairul Adzhar Mohd Adnan, berkata pemeriksaan menemui pelbagai peralatan hiburan di ruang dalam kedai makan tersebut.

“Antara barangan yang disita ialah lapan pembesar suara, dua televisyen, satu monitor, mikrofon, kerusi, power mixer, CPU komputer dan papan kekunci dengan nilai anggaran lebih RM10,000,” katanya.

Pemilik premis dikenakan kompaun maksimum RM2,500 di bawah Seksyen 7(1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025 kerana menjalankan hiburan tanpa kelulusan.

Menurut Khairul Adzhar, siasatan awal mendapati premis tersebut dipercayai sudah beberapa kali dikenakan tindakan sebelum ini.



“Jika masih ulang kesalahan, tindakan sitaan penuh akan dilaksanakan,” katanya.

Sumber: Kosmo

TERKINI

Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
Jawatan Kosong Kelantan