Kanak-kanak dipukul tukul oleh bapa saudara meninggal dunia

KOTA BHARU – Kanak-kanak lelaki yang cedera parah selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok, meninggal dunia petang ini selepas seminggu bertarung nyawa.

Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, disahkan meninggal dunia pada jam 3.02 petang ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.

Berita pemergian murid Tahun Satu itu dikongsikan ibu bapanya, Muhammad Badrul Remli, 31, dan Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman, 29, menerusi status WhatsApp.

“Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar sudah kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan al-Fatihah,” tulis Muhammad Badrul dalam hantaran tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan anak sulungnya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital.

“Benar Muhammad Ammar sudah meninggal dunia. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mujor, Jelawat, selepas solat Isyak,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Semalam, keluarga dimaklumkan jantung Ammar terhenti kira-kira 14 minit, dan doktor meminta mereka reda serta bersedia dengan segala kemungkinan.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa cedera parah di kepala selepas dipukul bapa saudaranya berusia 46 tahun menggunakan tukul. Suspek kemudian ditemui meninggal dunia selepas menggantung diri pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian, Utusan

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!