YB Syahir Komited Bawa Lebih Banyak Peruntukan Untuk Perkasa Pembangunan Bachok

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, menyatakan komitmennya untuk membawa lebih banyak peruntukan ke Bachok bagi memperkasakan pembangunan daerah itu, di samping memastikan momentum positif yang dicapai dapat diteruskan sepanjang tahun 2026.

Beliau berkata, usaha berkenaan akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi menambah baik prasarana, kemudahan asas serta sokongan kepada sektor-sektor utama di Bachok.

“Insya-Allah di Parlimen, saya akan usahakan supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Kementerian Pertanian, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menambah baik prasarana dan kemudahan,” katanya menerusi laman rasmi beliau.

Menurut YB Syahir, peruntukan berkenaan amat penting bagi menyokong perkembangan Bachok yang kini semakin mendapat perhatian sebagai lokasi penganjuran pelbagai acara pelancongan, kebudayaan, kesukanan dan pertanian, bukan sahaja di peringkat negeri malah antarabangsa.

Beliau turut memaklumkan bahawa pendekatan terbaik sedang dirangka untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Bachok, sambil memastikan setiap kunjungan memberikan limpahan ekonomi secara langsung kepada penduduk setempat.

Katanya, limpahan ekonomi itu dapat dinikmati melalui peluang perniagaan kecil, peningkatan aktiviti ekonomi komuniti serta pembukaan peluang pekerjaan hasil penganjuran program dan acara berskala besar.

“Alhamdulillah, berkat usaha pelbagai pihak khususnya Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN dan Ketua Jajahan, Bachok kini semakin menjadi pilihan sebagai tuan rumah penganjuran pelbagai acara pelancongan, kebudayaan, kesukanan dan pertanian,” ujarnya.

Beliau berharap segala perancangan dan usaha yang dirangka dapat terus memperkukuh kedudukan Bachok sebagai destinasi pelancongan, pusat aktiviti komuniti serta pemangkin ekonomi rakyat setempat untuk jangka panjang.



Sumber: inforakyat.kelantan

TERKINI

Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!