Mangsa banjir di Kelantan meningkat, lepasi angka 2,000 orang di tiga daerah

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Mendadak, 2,318 Dipindahkan Setakat Pagi Ini

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat apabila seramai 2,318 orang direkodkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10.50 pagi ini, susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Setakat ini, 14 PPS dibuka di tiga daerah paling terjejas iaitu Kota Bharu (7 PPS), Tumpat (4 PPS) dan Bachok (3 PPS).

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) sehingga 24 November bagi daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala amaran hujan berterusan tahap waspada turut melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang sehingga 26 November.

Senarai PPS Mengikut Daerah

Kota Bharu (7 PPS)
• SMK Raja Sakti
• SK Tapang
• SK Parang Puting
• SK Islah
• SK Seribong
• SK Sabak
• SK Sering

Bachok (3 PPS)
• SK Pauh Sembilan
• SK Pa' Pura
• SK Jelawat

Tumpat (4 PPS)
• SK Pengkalan Kubur 2
• SK Sri Tumpat 1
• SK Sri Tumpat 2

Kenaikan paras air di beberapa kawasan rendah serta hujan tanpa henti sejak malam tadi menjadi punca penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS bagi keselamatan.

BACA: Risiko banjir meningkat, ini nombor PKOB Kelantan yang perlu anda simpan

KD: Musim tengkujuh kali ni nampak lebih awal dan lebih kerap. Harap semua di kawasan rendah peka dengan amaran cuaca dan siap sedia jika perlu berpindah.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!