PRABN keluarkan amaran banjir di Tumpat bermula Selasa

PRABN Keluarkan Amaran Banjir Di Beberapa Kawasan Tumpat, Dijangka Bermula Selasa & Rabu

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pada ahad mengeluarkan amaran banjir melibatkan beberapa kawasan rendah di Tumpat yang dijangka mula dinaiki air pada Khamis (27 Nov) dan Jumaat ini.

Menurut kenyataan PRABN, peningkatan paras air sungai yang diramal melepasi aras bahaya menjadi petunjuk awal bahawa beberapa penempatan mungkin terjejas dalam tempoh terdekat.

Antara kawasan berisiko ialah lokasi rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Kelantan merangkumi Padang Rokma, Beach Temalang dan Chenderong Batu.

Selain itu, kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Golok di Kampung Kok Kebit dan Taman Sri Bayu turut dijangka menerima kesan sekiranya air terus meningkat.

PRABN turut memaklumkan bahawa beberapa kampung sekitar Sungai Golok berada dalam kedudukan berisiko, termasuk Kampung Pak Keral, Kok Bedullah, Nechang, Pauh Sebanjar, Neting, Kampung Tujuh, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Telok Jering, Naga Ibu, Pisau Raut, Bendang Pak Yong dan Simpangan.

Ramalan banjir di tumpat kelantan 27 november


BACA: Kemaskini laporan menyeluruh info banjir di negeri Kelantan

Orang ramai di kawasan terlibat diminta sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan bersedia untuk sebarang pemindahan sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.

KD: Musim tengkujuh nampaknya makin terasa di Tumpat. Yang duduk dekat sungai, tolong standby awal-awal. Kita tak boleh kawal hujan, tapi boleh kawal persediaan.



Sumber: PRABN

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan