Pusat rawatan kulit di Kelantan raih pengiktirafan Asia Tenggara

KOTA BHARU – Zaza Skin Studio, jenama rawatan kulit premium yang diasaskan oleh Puan Zaimimi Muhamad Zin sejak 2017, mencuri perhatian dalam industri kecantikan apabila mencatat pertumbuhan pesat serta menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat Asia.

Studio yang terkenal dengan penggunaan produk premium Dermalogica serta teknologi rawatan kulit berteknologi tinggi ini kini mempunyai dua cawangan di Kelantan, iaitu di Pengkalan Chepa dan Tanah Merah.

Dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam industri, Puan Mimie memimpin pasukan seramai tujuh ahli terapi terlatih, menjadikan Zaza Skin Studio antara pusat rawatan paling dipercayai pelanggan di Pantai Timur.

therapist terlatih di pusat rawatan kulit Zaza Skin Studio Kelantan

Puan Mimie (tengah) bersama ahli terapi terlatih yang menjadi tulang belakang Zaza Skin Studio



Antara pencapaian membanggakan, pusat rawatan ini telah menerima Anugerah Lonjakan Jualan Tertinggi Asia oleh jenama antarabangsa, Dermalogica.

Pengiktirafan peringkat Asia yang dimenangi pusat rawatan kecantikan di Kota Bharu

Antara anugerah yang dimenangi



Ini mengukuhkan lagi reputasi Zaza Skin Studio sebagai peneraju rawatan kulit professional bukan sahaja di Kelantan malah di Malaysia.

Menurut Puan Mimie, misi utama studio ini adalah “memberi rawatan yang berkesan, selamat dan berkualiti premium kepada pelanggan, tanpa kompromi.”

Antara rawatan yang mendapat permintaan tinggi di Zaza Skin Studio adalah rawatan 'chemical peel' bagi mengatasi jeragat, parut dan kulit kusam serta rawatan 'Local Dynamic Micro' (LDM) menggunakan mesin 'medical grade' untuk 'lifting' atau tegangkan kulit kendur disebabkan faktor usia.

Untuk membuat temujanji, pelanggan boleh terus menghubungi Zaza Skin Studio di talian
011-16430300 atau 014-2226277 atau boleh tekan butang WhatsApp dibawah:

WhatsApp



TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan