[VIDEO] Detik cemas kanak-kanak hampir lemas di Bachok

Kanak-kanak hampir lemas di pantai Bachok, tindakan pantas Baywatch APM raih pujian

Sebuah video tular di media sosial memaparkan detik cemas seorang kanak-kanak hampir lemas di sebuah pantai di Bachok, Kelantan pada Jumaat,14 November 2025.

Insiden yang dirakam pengunjung itu menunjukkan mangsa dihanyut ombak sebelum diselamatkan oleh anggota Baywatch Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bachok yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Tindakan pantas pasukan Baywatch APM Bachok itu berjaya mengelakkan tragedi apabila seorang anggota berlari ke arah mangsa dan menariknya ke kawasan selamat. Kecekapan serta kecekapan bertindak itu menerima pujian ramai selepas video tersebut mula tersebar.

Dalam satu kenyataan, APM Kelantan menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan terlibat atas kesiapsiagaan mereka.

“Tahniah kepada Tim Baywatch APM Bachok atas komitmen dan kesiapsiagaan mereka dalam menyelamatkan mangsa. Kepada semua pengunjung, diingatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di pantai, terutamanya sepanjang musim tengkujuh."



Kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan penting tentang risiko ombak kuat ketika musim tengkujuh, lebih-lebih lagi di kawasan pantai yang sering menjadi tumpuan keluarga pada hujung minggu.

@thekelantandaily

APM Kelantan dalam satu kenyataan memuji tindakan pantas pasukan pengawal pantai APM Bachok yang menyelamatkan kanak-kanak itu dalam kejadian yang berlaku pada 14/11 di sebuah pantai di Bachok #BeritaKelantan #KelantanDaily #Bachok

♬ original sound - Kelantan Daily - Kelantan Daily

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan