JAHEAIK Kesan ‘Ikan Duyung’ Joget Depan Gerai Air Balang Di Kota Bharu

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki berpakaian seperti ikan duyung berjoget di hadapan sebuah gerai menjual air balang dipercayai di Pengkalan Chepa.

Rakaman berdurasi 26 saat itu mula tersebar di Facebook sejak semalam dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam video berkenaan, lelaki yang berpakaian wanita itu dilihat berjoget sambil memegang minuman selain melakukan aksi menyerupai ikan duyung di hadapan gerai berkenaan.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan sebagai ‘content’ bagi melariskan jualan air balang.

Bagaimanapun, ramai netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai memalukan, lebih-lebih lagi dilakukan dalam bulan Ramadan.

Pada masa sama, terdapat juga desakan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen perniagaan gerai tersebut serta mengenakan tindakan tegas terhadap individu terlibat.


Difahamkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sedang mengesan lelaki berkenaan bagi tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Peniaga Pasar Malam Di Kelantan Henti Niaga Untuk Solat Maghrib Berjemaah Raih Pujian
|
Suasana pasar malam di Lundang di Kota Bharu mencuri…
Dapat Mertua T20 Dari Kelantan, Wanita Kongsi Kisah Sebelum Dan Selepas Kahwin
|
Bukan semua kisah mertua dan menantu dipenuhi konflik. Seorang…
Anak Tukang Kebun Sekolah Dari Bachok Raih PNGK 4.00 Dalam STPM
|
Dua kali gagal dalam temuduga Institut Pengajian Guru (IPG)…
“Saya Mahu Hafaz Al-Quran” Mazraoui Bakal Bersara Awal Selepas Piala Dunia 2026
|
Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui mengejutkan ramai peminat bola…
Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!