13 individu di tahan depan istana rupanya mahu serah “barangan lama”

Polis mengesahkan kumpulan 13 individu yang ditahan berhampiran Istana Negeri, Kubang Kerian pada Selasa sebenarnya mendakwa mahu menyerahkan “barangan lama” kepada pihak istana.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati antara barangan yang dibawa termasuk senjata tajam seperti keris, lembing, pedang, kelewang dan benet.

Selain itu, mereka turut membawa kayu, tongkat buluh, teko dan cawan tembaga, rantai manik, duit syiling pelbagai mata wang, akar kayu serta kain songket berwarna kuning.

“Seramai 13 individu termasuk seorang wanita ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: 13 direman kerana himpunan haram di luar Istana Kelantan

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

Kejadian itu dikesan selepas Balai Polis Kubang Kerian menerima panggilan pada jam 11.40 pagi, memaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan lelaki berhimpun di hadapan istana.

Menurut Mohd Yusoff, semua suspek yang berusia antara 26 hingga 67 tahun kini direman selama empat hari untuk siasatan lebih lanjut.

Perintah reman sehingga Sabtu terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 67 tahun itu dikeluarkan Majistret Imran Rais Hamid.



Kes disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan tidak sah dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 susulan penemuan pelbagai senjata tajam bersama kumpulan itu.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!