Pergaduhan di Pasar Awam Melor, dua beradik disambung reman 3 hari

Dua beradik wanita yang sebelum ini ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes rusuhan di Pasar Awam Melor, Kota Bharu, disambung reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.

Perintah lanjutan reman itu dibenarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid terhadap kedua-dua suspek berusia 28 dan 30 tahun, bermula esok hingga Khamis ini.

Lanjutan reman berkenaan dibuat bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 12 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan yang berlaku di Pasar Awam Melor pada Khamis lalu, selepas satu video pergaduhan tular di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di seluruh bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd. Rosdi Daud berkata, tangkapan dilakukan selepas mangsa membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya dikasari oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut turut melibatkan ahli keluarga mangsa dan suspek, sebelum insiden berkenaan berjaya dileraikan oleh orang awam.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, dua beradik wanita terbabit direman selama empat hari bermula Jumaat lalu, manakala 10 individu lain turut direman bagi tempoh sama bermula Sabtu.



Video tular yang tersebar sebelum ini memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa wanita di Pasar Awam Melor, yang pada awalnya bermula antara dua individu sebelum disertai beberapa lelaki dan wanita lain dipercayai ahli keluarga masing-masing.

Sumber: Kosmo

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!