Pegawai Kanan ATM Didakwa Pecah Amanah Tabung Tentera RM5 Juta

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Khamis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bernilai RM5 juta.

Mohamed Fauzi, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham pertuduhan tersebut, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya dari dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, beliau yang ketika itu menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta TKAT berjumlah RM5 juta dengan membuat pelaburan tambahan dalam sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), di sini pada 27 November 2023.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda.

Terdahulu, tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berpakaian sut biru gelap, beliau sempat menyapa ringkas pengamal media sebelum mengangkat tangan memberi tabik hormat singkat ketika melangkah masuk ke bilik mahkamah.



Keadaan di dalam mahkamah berlangsung teratur dengan kehadiran orang awam, pegawai mahkamah serta wakil media yang memenuhi galeri, manakala tertuduh dilihat sesekali berbual dengan pegawai SPRM di belakangnya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!