Belanjawan Kelantan 2026: 180 Rumah Dhuafa, 45 unit rumah kos rendah percuma

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM58.32 juta dalam Belanjawan Kelantan 2026 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan rakyat merangkumi pembinaan rumah, bantuan bulanan, serta program peningkatan ekonomi rakyat.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud, berkata peruntukan besar itu menzahirkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela selaras dengan prinsip Membangun Bersama Islam (MBI).

“Sebanyak 180 Rumah Dhuafa akan dibina manakala 45 unit rumah kos rendah akan diberikan secara percuma kepada rakyat yang layak. Selain itu, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Miskin (PPRM) turut diteruskan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri turut mengekalkan pelbagai skim bantuan kebajikan berterusan seperti Skim Bantuan Bulanan Al-Musa’adah kepada lebih 7,000 penerima setiap bulan, serta Skim Al-It’am iaitu bantuan makanan asas bulanan kepada 13,620 penerima di seluruh negeri.

“Selain bantuan kebajikan, kerajaan juga melaksanakan Projek Jaya Diri dan Dapur Hijau bagi menggalakkan rakyat menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti pertanian dan perusahaan kecil,” katanya.



Beliau berkata, semua inisiatif ini adalah manifestasi keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesejahteraan rakyat serta usaha memperkukuh ekonomi isi rumah golongan berpendapatan rendah di Kelantan.

#KelantanDaily

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!