SK Jeli 2 raikan ‘pak guard’ bersara umpama raja sehari

JELI – Seorang pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 2, Wahab Deris, 64, tidak dapat menahan sebak apabila diraikan seperti raja sehari sempena hari persaraannya pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, bapa kepada empat anak dari Kampung Gemang itu menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar dan guru sekolah berkenaan sebagai tanda penghargaan atas khidmat baktinya selama 12 tahun.

Lebih istimewa, Wahab diarak menaiki dua buah kereta sebelum bersanding di atas pelamin khas bersama isteri tercinta, Zauwiyah Abdul Rani, 59.

Majlis persaraan penuh emosi itu menjadi lebih bermakna apabila pasangan berkenaan berpeluang bersanding buat kali pertama selepas 43 tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Wahab, semasa perkahwinan dahulu mereka tidak berpeluang bersanding kerana kesempitan hidup dan tidak menyangka akan diberi peluang merasai pengalaman itu pada hari persaraannya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada guru besar, semua guru dan pelajar yang sudi meraikan saya dengan begitu meriah.

Saya dan isteri sangat terharu apabila diraikan seperti pengantin baru, malu pula apabila kena duduk bersanding di depan semua,” katanya.

Wahab turut menzahirkan rasa syukur atas kasih sayang dan layanan baik yang diterima sepanjang berkhidmat di sekolah berkenaan.

“Semua ini rezeki daripada Allah, saya sangat bersyukur,” katanya.



Guru Besar SK Jeli 2, Salmiah Mat Nawi, berkata idea mengadakan majlis persaraan seperti itu tercetus sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan dedikasi Wahab yang banyak membantu warga sekolah.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci
|
Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling…
Kutipan Zakat MAIK 2025 Cecah RM354.6 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah Kelantan
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Abang Ipar Upah RM15 Satu “Trip” Seludup Petrol Ke Thailand
|
Taktik licik penyeludup yang membuat pembelian petrol secara berulang…
Dua Remaja Perempuan Mengaku Jadi Pengintip Tekong Darat Seludup PATI
|
Dua remaja perempuan dipercayai berperanan sebagai pengintip kepada tekong…
1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan, PM Arah Bantuan Segera
|
Kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan…
Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood
|
Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini…
Jawatan Kosong Kelantan