Lebih 2,000 Umat Islam Berbuka Puasa Di Masjid Muhammadi Kota Bharu

Lebih 2,000 umat Islam tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di Masjid Muhammadi semalam.

Seawal jam 6 petang, orang ramai sudah mula hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi mengambil tempat sementara menunggu azan Maghrib. Ada juga yang membawa juadah sendiri untuk dinikmati bersama di pekarangan masjid.

buka puasa masjid muhammadi kota bharu


Sepanjang Ramadan, pihak masjid menyediakan juadah berbuka secara percuma setiap hari. Hidangan yang disediakan termasuk nasi, lauk-pauk, kuih-muih serta minuman untuk para pengunjung.

Selain itu, terdapat individu dan pihak tertentu yang turut menyumbang makanan sebagai sedekah berbuka puasa, sekali gus menambah kemeriahan suasana di masjid berkenaan.


Kemudahan tikar serta ruang dataran yang luas memudahkan jemaah berbuka dalam keadaan teratur sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

buka puasa masjid muhammadi kota bharu


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan