Perobohan 223 jeti haram Sungai Golok bermula hari ini

RANTAU PANJANG – Kerja-kerja perobohan 223 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok yang dikesan menjadi lokasi kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata operasi itu dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka mengambil masa dua bulan untuk diselesaikan sepenuhnya.

Menurut beliau, dua lokasi terawal yang menjadi projek perintis ialah Pangkalan Haram Gergaji dan Pangkalan MCA di Rantau Panjang.

Hasil semakan mendapati sebanyak 216 daripada 223 jeti haram bermula dari Pengkalan Kubor hingga Jeli dibina di atas tanah kerajaan, manakala tujuh lagi di atas tanah persendirian,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, isu berkenaan telah dimaklumkan sejak hampir setahun lalu dan penduduk kini memahami tujuan sebenar tindakan itu dilakukan.

Justeru, semua penduduk diminta memberi kerjasama penuh sepanjang kerja perobohan dilaksanakan,” katanya ketika meninjau operasi di Pangkalan Haram Gergaji, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Nik Raisnan Daud.

Mohd Yusoff menjelaskan, operasi selama dua bulan itu akan dipantau oleh polis dan agensi penguat kuasa berkaitan, termasuk Jabatan Kastam, APMM dan Imigresen.

Katanya, langkah bersepadu itu diyakini dapat mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan, termasuk penyeludupan barangan kawalan, dadah dan rokok.

Beliau turut memaklumkan bahawa tindakan berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand, bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa sebarang kekeliruan di kawasan sempadan.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!