Juruiring YDP Agong dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Juruiring kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd Azani Omar, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Pegawai berusia 51 tahun dan berasal dari Kelantan itu menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, yang bersara wajib selepas 37 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, serta dihadiri pegawai kanan dan warga polis.

Dalam majlis sama, turut berlangsung serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur antara ACP Anuwal Ab Wahab dan ACP Wong Yuen Chuan, serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi daripada SAC Sulizmie Affendy Sulaiman kepada ACP Sazalee Adam.

Sulizmie Affendy pula akan memulakan tugas baharu sebagai Juruiring Polis kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dalam ucapannya, Datuk Fadil Marsus menyifatkan pelantikan serta pertukaran jawatan itu sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan sumbangan pegawai-pegawai terlibat.

“Semoga dengan kenaikan pangkat ini, mereka akan terus berdedikasi serta berdaya maju dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat, bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mohamed Usuf dalam ucapan persaraannya berkata, perjalanan 37 tahun bersama PDRM memberi pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan.



“Sepanjang tempoh berkhidmat, pelbagai suka duka saya harungi bersama warga pasukan. Ia memberi saya sesuatu yang tidak mampu dibalas,” ujarnya.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Jawatan Kosong Kelantan