Remaja yatim piatu dari Kuala Krai kerja kilang demi masuk Universiti

KUALA KRAI – “Tanpa pendidikan, macam mana saya nak berjaya.” Itu luahan Nur Arissa Abdul Rahman, 20, gadis yatim piatu yang nekad bekerja di kilang hampir enam bulan demi mengumpul wang untuk menyambung pengajian ke universiti.

Menurut laporan Malaysiakini, anak kelahiran Kuala Krai itu berkata, kehidupannya penuh cabaran selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser ovari ketika beliau berusia sembilan tahun, manakala bapa tiri pula meninggal dunia ketika beliau berumur 17 tahun.

Selepas menamatkan STPM dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.58, Arissa menerima tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Namun, kekangan kewangan membuatkan beliau terpaksa menangguhkan pengajian.

Bagi mencari wang yuran, Arissa bekerja sebagai pemeriksa cip elektronik di sebuah kilang di Ipoh.

“Penat fizikal dan mental, tapi Alhamdulillah boleh bertahan sebab kawan-kawan di tempat kerja pun baik. Saya kerja sebab nak sambung belajar. Itu saja niat saya,” katanya.

Kisah Arissa mendapat perhatian apabila beberapa individu tampil menghulurkan bantuan, termasuk bekas gurunya serta Pengetua Institut Penginapan Siswa Proton (Inasis), Dr Mohd Abidzar Zainol Abidin.

Lebih menyentuh hati, seorang wanita dermawan akhirnya yang hanya ingin dikenali sebagai 'hamba Allah' bersetuju menaja sepenuhnya kos pengajian Arissa di UUM.

“Saya bersyukur dan gembira sangat dapat berjumpa dengan insan istimewa ini yang hanya mahu dirinya digelar sebagai hamba Allah,” katanya penuh syukur.

Arissa yang bercita-cita menjadi penulis berkata, jurusan komunikasi dipilih kerana ingin mendalami bidang penulisan dan berkongsi pengalaman hidupnya sebagai inspirasi kepada anak muda lain.

“Hanya dengan pendidikan kita akan mendapat peluang kerja lebih baik, dan dalam masa sama dapat membantu keluarga,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Malaysiakini

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!