KRW teruskan rentak kemenangan dengan menewaskan MUFT

CYBERJAYA – Kelantan Red Warriors FC (KRW) kembali menemui rentak kemenangan apabila membenam pasukan tuan rumah, Malaysia University (MUFT) 4-0 dalam aksi Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026 di Stadium MMU Cyberjaya, malam tadi.

KRW bermula garang sebaik wisel permulaan dengan deretan serangan ke kubu MUFT, namun beberapa peluang terhidang gagal diterjemahkan kepada jaringan hasil ketangkasan barisan pertahanan serta penjaga gol lawan.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, namun babak kedua menyaksikan kebangkitan KRW yang tampil lebih bertenaga.

Gol pertama akhirnya hadir pada minit ke-68 menerusi rembatan kencang Rizuan Muda dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran Emmanuel Mbarga.

Mbarga kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-81 apabila berjaya menghidu kesilapan pertahanan MUFT dengan memintas hantaran ke penjaga gol sebelum tenang menyempurnakan peluang untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pemain import sensasi itu terus menyerlah apabila menambah jaringan peribadi keduanya pada minit ke-91 selepas menerima hantaran cantik daripada Faiz Nasir, menjadikan kedudukan 3-0 memihak KRW.

Pada masa kecederaan, Mohamad Mazwan menutup aksi cemerlang pasukan dengan jaringan keempat selepas menerima hantaran lintang Mbarga pada minit ke-96, sekaligus melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 buat skuad Red Warrior.

Dengan kemenangan ini, KRW melonjak ke tangga kesembilan liga dengan 13 mata, di belakang Imigresen FC dan Kedah FA yang masing-masing mengumpul 15 mata.



Kelantan Red Warriors dijadual meneruskan saingan Liga A1 menentang Manjung City pada 31 Oktober di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

#KelantanDaily

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!