Pembinaan Jambatan Palekbang giat berjalan, dijangka siap 2026

KOTA BHARU – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan Jambatan Palekbang kini sedang giat dilaksanakan.

Antara aktiviti utama yang sedang dijalankan ialah penanaman cerucuk bored pile di dalam Sungai Kelantan bagi pembinaan tiang utama jambatan tersebut.

Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat melalui peningkatan jaringan perhubungan dan pembangunan kawasan sekitar.

Sebelum ini, Kelantan Daily pernah melaporkan bahawa projek pembinaan Jambatan Palekbang–Kota Bharu menunjukkan perkembangan positif dengan kerja-kerja berjalan rancak.

Projek berkenaan mula dibina pada Januari 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2026.



Dibina dengan konsep cable stayed serta pylon setinggi 120 meter, jambatan ini akan menjadi penghubung penting antara Penambang di Kota Bharu dan Palekbang di Tumpat.



Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat, sebelum ini berkata jambatan tersebut akan menjadi satu-satunya jambatan di Kelantan yang menampilkan elemen seni bina ikonik dan bakal menjadi tarikan visual baharu kepada pelancong serta penduduk setempat.

#KelantanDaily
Sumber: East Coast Economic Region Development Council

TERKINI

Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Suri Rumah Direman 5 Hari, Kes Rampasan 5 Senjata Api Termasuk M16 Di
|
Seorang suri rumah direman selama lima hari bagi membantu…
Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Jawatan Kosong Kelantan