Hospital KBMC di Lundang hampir siap, bakal menjadi hospital swasta terbesar di Kelantan

KOTA BHARUHospital Kota Bharu Medical Centre (KBMC) merupakan hospital swasta pertama di negeri ini yang mula beroperasi pada tahun 1998, terletak di laluan utama dari pusat bandar Kota Bharu ke Kubang Kerian.

Sejak ditubuhkan, hospital ini mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada penduduk tempatan, tetapi juga dari selatan Thailand dan Terengganu.

Menerusi perkongsian laman sosial Kota Bharu Bandar Raya Islam, projek pembinaan KBMC di Lundang kini hampir siap sepenuhnya dengan kelihatan kemudahan jejantas menghubungkan ketiga-tiga blok utama bangunan hospital.

Apabila siap, KBMC bakal menjadi hospital swasta terbesar di Kelantan dengan kapasiti 205 katil serta dilengkapi pelbagai kemudahan rawatan termasuk pusat rawatan penyakit kanser.

Pembesaran KBMC melibatkan pembinaan dua blok baharu – satu bangunan hospital setinggi 12 tingkat, dan satu lagi blok klinik pakar serta parkir bertingkat 11 tingkat. Pembinaan bermula pada tahun 2022 dan dibangunkan di atas tanah seluas 2.86 ekar.

Kedua-dua blok baharu ini dihubungkan melalui jejantas pejalan kaki bagi memudahkan pergerakan pesakit dan pengunjung. Hospital baharu KBMC turut menyediakan pelbagai fasiliti moden termasuk dewan bedah canggih, labor dan delivery suite, unit radiografi (MRI, CT Scan), pusat saringan kesihatan, unit rawatan rapi, wad rehabilitasi, pusat rawatan kimo serta makmal lengkap.

Pembinaan blok baharu hospital itu dijangka bakal menawarkan sehingga 400 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.



Pembangunan KBMC ini bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri ini, malah membantu merancakkan ekonomi Kelantan melalui sektor pelancongan perubatan (medical tourism).

#KelantanDaily

TERKINI

Kelantan Red Warrior FC Sedia Beraksi Di Liga Super Musim Depan
|
Saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 akhirnya melabuhkan tirai…
Perantau Mula Balik Kampung, Trafik Ke Gua Musang Semakin Sibuk
|
Aliran trafik menuju ke pusat bandar Gua Musang semakin…
Upah RM2,500 Sekali Jalan, Lelaki Dicekup Bawa 19 PATI Di Machang
|
Seorang lelaki tempatan dipercayai menerima upah RM2,500 bagi setiap…
Lebih 200 Individu Lombong Emas Secara Haram, Purata Dapat 10 Gram Sehari
|
Lebih 200 individu dipercayai terbabit dalam kegiatan perlombongan emas…
5 Beradik Yatim Piatu Dijaga Datuk Dan Nenek, Individu Tampil Perbetulkan Fakta
|
Aktivis kebajikan, Tengku Harith tampil membuat penjelasan berhubung kisah…
Kelantan Bakal Cipta Sejarah Malam Esok
|
Kelantan Red Warrior FC bakal mencipta sejarah malam esok…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!