Pembinaan benteng Sungai Golok hasil analisis kejuruteraan terperinci

Pembinaan benteng di sepanjang Sungai Golok kini menjadi tunjang utama dalam usaha mitigasi banjir di bawah Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB), hasil reka bentuk kejuruteraan yang melalui analisis terperinci, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Ir Dr Siti Fairus Zakaria, benteng tersebut berperanan sebagai pelindung pertama yang membendung limpahan air sungai ketika banjir.

Manakala pembinaan terusan atau lencongan air pula hanya bertindak sebagai komponen tambahan jika berlaku situasi di luar jangka.

“Dalam reka bentuk PLSB Sungai Golok, pembinaan terusan atau lencongan turut dipertimbangkan.

Namun analisis teknikal mendapati fasa pembinaan benteng memberi keberkesanan setara dengan pembinaan terusan,” katanya.

Beliau menjelaskan keperluan terusan masih terbuka untuk dinilai semula pada masa akan datang, bergantung kepada perubahan iklim serta keadaan sebenar di tapak — khususnya jika ia diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan keseluruhan projek.

Setiap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) atau PLSB, katanya, dirancang dengan sasaran reka bentuk, keberkesanan dan kos pembinaan yang jelas.

“PLSB Sungai Golok direka bentuk untuk mencapai sasaran 50 ARI (Average Recurrence Interval) dan keberkesanannya hanya dapat dirasai selepas semua komponen siap sepenuhnya.”

Bagaimanapun, PLSB Sungai Golok masih berdepan cabaran untuk disiapkan mengikut jadual.

Antara halangan utama ialah isu teknikal dan proses pengambilan tanah yang perlu mengambil kira kepentingan penduduk yang sentiasa terkesan setiap kali Monsun Timur Laut melanda.

Buat masa ini, Fasa 1 dan Fasa 3 projek sedang giat dilaksanakan, manakala Fasa 2 berada dalam peringkat perolehan.

“JPS yakin manfaat mitigasi banjir di Lembangan Sungai Golok akan dapat dinikmati sepenuhnya apabila semua fasa siap.



Namun keberkesanannya turut bergantung kepada kadar curahan hujan yang berada di bawah paras 50 ARI,” katanya.

KD: Andai siap sepenuhnya nanti, harapnya penduduk sekitar Sungai Golok boleh bernafas lega setiap kali Monsun Timur Laut datang menjengah. Semoga dipermudahkan semua fasa projek ni!

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!