153 jeti pangkalan haram di Sungai Golok mula diroboh minggu depan

KOTA BHARU – Sebanyak 153 jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok membabitkan empat daerah di Kelantan akan mula dirobohkan secara berperingkat mulai minggu depan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya telah mengenal pasti lokasi jeti yang akan dirobohkan bagi memastikan tindakan berjalan lancar mengikut perancangan.

“Insya-Allah, perobohan jeti pangkalan haram akan dimulakan minggu depan secara berperingkat.

Kita jangka akan mulakan di Pasir Mas disusuli daerah lain,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 153 daripada 212 jeti pangkalan haram yang dibina di atas tanah milik kerajaan dikenal pasti untuk dirobohkan.

Kerja-kerja pemasangan notis peringatan sedang dijalankan sebagai langkah budi bicara bagi memaklumkan penduduk mengenai tindakan tersebut, meskipun pihak berkuasa boleh melaksanakan perobohan serta-merta tanpa notis.



Setakat ini, tiada bantahan diterima daripada penduduk kerana mereka sudah maklum sejak kerajaan mengisytiharkan penutupan pangkalan haram pada Disember tahun lalu bagi membendung kegiatan jenayah rentas sempadan, termasuk penyeludupan dadah dan senjata api.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!