Wanita 52 tahun ditahan bersama 85kg minyak masak bersubsidi

RANTAU PANJANG – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barang kawalan bersubsidi apabila menahan seorang wanita berusia 52 tahun di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada 30 September 2025, jam 6.30 petang.

Penahanan dilakukan ketika rondaan Op Taring Wawasan Kelantan dijalankan di kawasan tersebut.

Menurut sumber, suspek dilihat membawa beberapa bungkusan plastik hijau dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan menemui 85 kilogram minyak masak bernilai kira-kira RM212.50 yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand.

Semua barang rampasan dibawa ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1967.

Dalam perkembangan lain, operasi pada hari sama menemui beberapa kampit beras di pengkalan haram Kolam, Pasir Mas, Kelantan jam 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan oleh PGA, terdapat 225 kg beras putih dan 25 kg beras perang anggaran nilai RM 1,150.00 berada di tebing sungai tersebut dan disyaki untuk dijual ke pasaran tempatan.

Hasil rampasan dibawa ke unit Kawal Selia Padi dan Beras Kelantan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi Dan Beras 1994.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!