Bekas MB Kelantan Dilantik Mursyidul Am Pas Baharu

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Datuk Hashim Jasin yang tamat tempoh pelantikannya pada Oktober lalu.

Pelantikan bagi penggal 2026 hingga 2030 itu diputuskan dalam persidangan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa MSU Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

Menurut beliau, Datuk Dr Mahfuz Mohammad turut dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.

Sementara itu, Ahmad turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Mohd Asri Mat Daud sebagai Setiausaha MSU.

"Jawatan Timbalan Mursyidul Am pula disandang oleh Datuk Dr Mahfuz Mohammad.

"Ahmad turut melantik Mohd Asri Mat Daud, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, sebagai Setiausaha MSU," katanya.

Beliau berkata, MSU turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua individu yang diberikan amanah tersebut.

"Semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan pertolongan-Nya dalam melaksanakan tugas perjuangan," katanya.

Pelantikan Ahmad menyaksikan beliau mengambil alih jawatan berkenaan daripada Hashim yang dilantik sebagai Mursyidul Am Pas pada 9 Oktober 2016 bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Hashim menamatkan tempoh pelantikannya pada Oktober lalu sebelum kepimpinan baharu MSU bagi penggal 2026 hingga 2030 diputuskan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!