Empat Pemimpin DAP Gesa Abdul Hadi Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf

Empat pemimpin DAP menggesa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang membandingkan tahap kezaliman pemimpin Islam dan bukan Islam, selain memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan bersama pada Jumaat selepas mereka mempersoalkan kenyataan Abdul Hadi yang menyebut bahawa 'sejahat-jahat dan seburuk-buruk orang Islam yang memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam' ketika berucap di pentas politik di Melaka.

Empat pemimpin berkenaan berpandangan kenyataan itu tidak wajar kerana didakwa boleh membangkitkan sentimen kebencian antara umat Islam dengan masyarakat bukan Islam.

Mereka turut mendakwa Pas sekali lagi menggunakan politik perpecahan demi mendapatkan sokongan undi.

"Kami menegaskan bahawa mereka yang zalim, jahat dan bobrok tidak patut dipilih sebagai pemimpin di peringkat negeri mahupun kebangsaan, tidak kira apa-apa agama atau keturunan sekalipun.

"Rakyat Malaysia harus menolak mereka yang menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan mencuri wang rakyat, termasuklah mereka yang menghalalkan perbuatan ini," katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan; Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Menurut mereka, kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi mencalarkan kesucian Islam apabila seolah-olah menggambarkan kezaliman seseorang pemimpin boleh diterima atau dianggap lebih ringan hanya kerana beragama Islam.

"Jangan sampai kerana kepentingan politik, Islam dipandang lekeh dan hina akibat kenyataan pemimpin yang sepatutnya memahami prinsip keadilan agama itu sendiri," jelas mereka.

Rujuk Sejarah Islam dan Pemerintahan Raja Najasyi

Dalam kenyataan sama, empat pemimpin itu turut mengingatkan bahawa sejarah Islam menunjukkan Rasulullah SAW pernah mengarahkan para sahabat berhijrah ke Habsyah ketika umat Islam berdepan penindasan di Makkah.

Menurut mereka, tindakan itu dilakukan kerana Raja Najasyi, seorang pemerintah beragama Kristian, terkenal dengan sifat adil sehingga Rasulullah SAW menyifatkan pemerintahannya sebagai tempat yang tiada sesiapa dizalimi.

Mereka turut merujuk pandangan ulama, Ibn Taymiyyah, menerusi karya Majmu', berkaitan prinsip bahawa pemerintahan yang adil walaupun dipimpin bukan Islam lebih mampu bertahan berbanding pemerintahan Islam yang berlaku zalim.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa keadilan dan amanah dalam urusan pemerintahan tidak sepatutnya diketepikan hanya kerana sentimen agama.

Empat pemimpin DAP berkenaan turut berpandangan Abdul Hadi perlu dinilai berdasarkan prinsip keadilan, amanah dan kekuatan hujah, bukannya semata-mata imej keagamaan yang dibawa Pas.

"Jangan meminta rakyat menilai orang lain berdasarkan agama, sedangkan kenyataan sendiri tidak mencerminkan prinsip keadilan Islam.

"Oleh yang demikian, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," tambah mereka.

Cabaran Kepada Parti Komponen PN dan BN

Dalam perkembangan sama, empat pemimpin DAP itu turut mencabar parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), serta komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC, supaya menyatakan pendirian terhadap kenyataan Presiden Pas berkenaan.

Mereka berkata, sekiranya tiada sebarang pendirian diberikan, rakyat berhak mempersoalkan sama ada parti-parti terbabit menerima dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

PAS Umum Keputusan Tidak Letak Calon Di Sarawak
By KD | |
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi…
Bekas MB Kelantan Dilantik Mursyidul Am Pas Baharu
By KD | |
Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul…
Anwar Nafi Kerajaan Tidak Stabil, Tiada Keperluan Rombak Kabinet
By KD | |
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan ketika ini…
PAS Terbuka Bincang Kerusi DUN Dengan BN Di Terengganu
By KD | |
Pas terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung…
BN-PN Umum Menang 20 Kerusi DUN Melaka, Lepasi Majoriti Mudah
By KD | |
[Dikemaskini] Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan…
Empat Pemimpin DAP Gesa Abdul Hadi Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf
By KD | |
Empat pemimpin DAP menggesa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi…
Najib Dibenarkan Tinggal Bersama Keluarga Sepanjang Tahanan Rumah
By KD | |
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan tinggal…
Lelaki Dipenjara Tiga Bulan Hina Perdana Menteri Di Facebook
By KD | |
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah…
Kamaruddin Md Nor Sahkan Terima Surat Penamatan Jawatan EXCO Kelantan
By KD | |
Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor mengesahkan menerima surat…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!