Sultan Muhammad V titah Kelantan teraju jelapang makanan negara

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menegaskan kepentingan memanfaatkan kelebihan negeri itu sebagai antara pengeluar utama hasil pertanian dan ternakan di Malaysia.

Baginda bertitah, usaha tersebut perlu diperkasa bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara, sekali gus mengukuhkan tahap sekuriti makanan di peringkat nasional.

“Pada masa yang sama, negeri ini juga berpotensi besar dalam pembangunan produk hiliran. Penerokaan industri hiliran mampu menambah nilai kepada produk tempatan serta meluaskan pasaran hingga ke peringkat antarabangsa,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan, Istiadat Menjunjung Duli serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-56 baginda di Istana Balai Besar, di sini pada isnin.

Dalam perkembangan lain, baginda turut menzahirkan sokongan terhadap Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bertema “Melakar Semula Pembangunan” yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Julai lalu.

“Beta menyambut baik inisiatif RMK13 yang memberi fokus kepada peningkatan taraf hidup rakyat serta penstrukturan semula ekonomi negara. Antara projek penting untuk Kelantan termasuk pembangunan Hab Ekonomi Biru, penaiktarafan infrastruktur bunkering, industri pembinaan dan pembaikan kapal, selain usaha menaik taraf Pelabuhan Tok Bali,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru agar kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta bekerjasama erat bagi menjayakan agenda pembangunan tersebut, diibaratkan “serumpun bak serai, sesusun bak sirih.”

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!