Pengeluaran Proton Saga di kilang Shah Alam ditamatkan

Debaran pelancaran Proton Saga generasi baharu semakin terasa apabila pengeluaran model sedia ada rasmi berakhir. Perkongsian oleh kakitangan Proton mendedahkan unit terakhir Proton Saga semasa dikeluarkan pada Jumaat, 26 September lalu di kilang Shah Alam.

Tarikh itu turut menandakan penutupan operasi kilang ikonik Proton di Shah Alam selepas hampir empat dekad menjadi pusat pengeluaran utama.

Fokus Baharu di Tanjong Malim

Selepas ini, semua pengeluaran Proton akan dipusatkan di kilang moden Tanjong Malim, Perak. Fasiliti tersebut bukan sahaja menempatkan barisan pemasangan baharu, malah dilengkapi teknologi khusus untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV). Model pengganti Proton Saga turut akan dihasilkan sepenuhnya di sana.

Perincian Awal Proton Saga MC3

Saga baharu pernah dipertontonkan secara teaser semasa majlis pelancaran barisan pengeluaran EV baru-baru ini. Proton mengesahkan model ini dibina menggunakan platform AMA yang dinaik taraf, dengan sistem elektrik dan elektronik lebih canggih, sekaligus menyokong teknologi bantuan pemandu lanjutan (ADAS).

Selain itu, model baharu ini dijangka dilengkapi enjin 1.5 liter, berkemungkinan sama dengan Proton X50 facelift, serta dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT.

Bahagian kabin turut dijangka berubah ketara, antaranya papan pemuka digital dan sistem infotainmen lebih pintar bagi varian premium.

Stok Saga Sedia Ada Masih Dijual

Meskipun pengeluaran telah ditamatkan, Proton memastikan stok Saga generasi semasa masih mencukupi di pusat jualan. Model ini masih dipaparkan di laman rasmi Proton dengan harga bermula RM34,800 bagi 1.3 Standard MT dan RM38,800 untuk 1.3 Standard AT.

Bagi pembeli yang sedang menimbang, inilah peluang terakhir untuk mendapatkan Proton Saga dengan tawaran harga semasa sebelum versi baharu dilancarkan secara rasmi dijangka hujung tahun ini.

#KelantanDaily
Sumber: Funtasticko.net, Carz.com.my

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!