Hujan Lebat Sejak Awal Pagi, Beberapa Kawasan Di Gua Musang Dilanda Banjir

Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di jajahan Gua Musang dilanda banjir pada Rabu.

Keadaan itu berlaku susulan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada jam 6.45 pagi, 4 November 2026.

Taburan hujan yang tinggi menyebabkan paras air sungai meningkat sebelum melimpah ke kawasan sekitar.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan, beberapa laluan utama turut dinaiki air, termasuk Jalan Gua Musang–Jelawang berhampiran Ladang Sungai Terah.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Batu 5 dan Kampung Batu 6, Gua Musang.

Susulan kejadian itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 5 telah diaktifkan bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Setakat jam 8.30 pagi, proses pemindahan mangsa masih sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan penduduk yang dipindahkan masih dalam proses pengumpulan dan pengesahan.

Orang ramai, khususnya penduduk yang tinggal di kawasan berisiko, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan semasa.

Penduduk juga diminta bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan masing-masing.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!